Tuesday, November 27, 2012

"HEBATNYA TARIKAN WANITA"


4 Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka..

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam. nauzubillah)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana. nauzubillah)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas. kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat. nauzubillah)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuannya yg haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak-anak lelaki sayangilah ibumu. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa yang tidak lepas dari melakukan dosa. selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka. jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah… betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu”
 

Wednesday, November 7, 2012

mari belajar untuk mencintai kehilangan


❋❋ Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita?

❋❋ Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan.

❋❋ Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri.

❋❋ Kehilangan akan membuat kita merasa rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tegar.

P/s : Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan >,<


~~ WAHAI SUAMI, PIMPINLAH TANGANKU ~~


.[❤] Wahai suami,
.[❤] Pimpinlah tanganku, bimbinglah aku,
.[❤] Ke jalan yang benar dan jalan yang di redhai,
.[❤] Kerana aku di cipta ALLAH buat menabur bakti dan budi,
.[❤] Padamu pujaan hati.

.[❤] Wahai suami,
.[❤] Genggamlah jari jemariku erat-erat,
.[❤] Kerana aku diamanahkan supaya sentiasa taat,
.[❤] Padamu kekasih hati.

.[❤] Wahai suami,
.[❤] Atas redhamu padaku baru ku perolehi redha ALLAH,
.[❤] Tuhanku jugak tuhanmu,
.[❤] Maafkan segala kekuranganku,
.[❤] Ampunkan segala dosaku.

.[❤] Wahai ALLAH,
.[❤] Pemilik ku yang sebenar,
.[❤] Letaklah rasa cintaku pada suamiku,
.[❤] Semata-mata untuk mendapat redhaMU.

~~ LILLAHITAALA ♥♥♥♥♥
 

~ Dalam kita melangkah

~ Dalam kita melangkah, 
~ Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis,
~ Peritnya terasa..

~ Tapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam diri,
~ Kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak,
~ Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..

--- Tabarakallah ---





【ツ】Senyum.... :)

【ツ】Senyum dalam kesedihan adalah suatu ketabahan,

【ツ】Menangis dalam kepayahan adalah suatu kesabaran,

【ツ】Gembira dalam keredhaan adalah suatu ketenangan,

【ツ】Mensyukuri pemberian ALLAH adalah suatu nikmat kebahagiaan.

【ツ】Senyum.... :)











I'm sorry..


⊰♥⊱ Memaafkan itu Indah..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Sedekah..
⊰♥⊱ Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya..
⊰♥⊱ Memaafkan itu mngundang Rahmah-Nya..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Nikmat..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Melapangkan Perasaan..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Melapangkan Kesusahan..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Membuka Pintu2 Cinta..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Membuka Pintu2 Dunia..
⊰♥⊱ Memaafkan itu Membuka Pintu2 Bahagia...

P/s : Marilah bersama memohon maaf dan belajar memaafkan..♥(^_^)

(<:-) Amiin Ya Rabb (<:-)
 

♥ஜ♥ Man Jadda Wajada ♥ஜ♥

" Sesiapa berusaha, dia berjaya "

" Payung tidak mampu memberhentikan hujan ,
tapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa basah.
Begitu juga dengan keyakinan,
ia mungkin tidak memberi kita kejayaan
tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran. "

{:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-)

≈ Wallahualam ≈





Tuesday, November 6, 2012

41 DARJAT WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang 
memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.

6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.

12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.

14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).

17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.

18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.

20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.

24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.

25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.

33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.

Allahualam,





doa ketika menerima pujian

Apabila seseorang memuji kamu, maka janganlah
kamu terlalu gembira dengan pujian tersebut,
kerana orang yang memujimu sebenarnya tidak
mengetahui keaibanmu, kamulah yang lebih
mengetahui akan diri kamu.

Oleh itu setiap pujian yang kamu dapati itu hendaklah dikembalikan kepada ALLAH yang Maha Terpuji.

Ketahuilah ALLAH lah yang patut dipuji, bukanlah
makhluknya, kalaupun kita memuji seseorang
hanya sekadar berterima kasih kepadanya yang
menjadi wasilah dari ni'mat dan rahmat ALLAH
kepada kita.

Jangan sampai pujian itu
menyebabkan kita melupai keaiban diri kita
sehingga kita memandang rendah pada orang lain.

Semoga ALLAH menutup keaiban kita dan
memasukkan kita dikalangan orang yang terpuji di
sisi-Nya.





Sunday, November 4, 2012

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :- 
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.

Wahai sahabatku yang kecewa.....

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada 
Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…





AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang 

mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.





Thursday, November 1, 2012

" Batasan Aurat Muslimah "

♥ Kisah Perkongsian Pengalaman Berpurdah ♥

pengalaman ini ingin ku kongsi kepada semua yg berada di luar sana..aku bukanlah gadis yang cantik atau pun menpunyai rupa paras yg terlalu menawan...namun aku mempunyai keinginan untuk berniqab atau berpurdah....dalam sebuah buku yg aku baca ada mengatakan bahawa orang yang berniqab akan di sambut oleh allah sendiri di padang masyar...MASYALLAH...keing
inan ku terlalu kuat pada masa itu.ALHAMDULILLAH tanggal 22/5/2010,aku diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa ( UIA) dalam bidang bahasa arab.Di sana ada beberapa pelajar yang memakai niqab.pada mulanya aku takut untuk mengenakan niqab tapi alhamdulillah allah membuka hatiku jua..SYUKUR!!!!!!!!!!!!



NAMUN..............................................


kehidupan ku mula berubah.....cabaran pertama yang aku harus terima adalah..aku di fitnah bermacam-macam.Pantang saja aku bercakap dengan rakan sekelas ku yang lelaki aku akan di pandang serong...(walaupun hal yang berkaitan pelajaran).sampai satu tahap,aku tidak dapat menahan lagi kata-kata mereka aku pergi berjumpa dengan pensyarah iaitu ustaz Ahmad..(terima kasih ustaz!!!),,kami berbincang dan dia mengatakan itu adalah perkara biasa ,orang berpurdah ibarat kain putih dan jika kita melakukan kesalahan yang ibarat kotoran hitam pasti akan ternampak..hmmmm...Ustaz memberi pilahan sama ada aku ingin membuka purdah atau tidak untuk menghentikan fitnah2 itu.aku terlampau sedih pada waktu itu,lalu aku mendapatkan nasihat kakak angkatku,kak yati(thanks kak!)dia mensihatkan aku supaya lebih berhati2 dalam pergaulan..aku akur....

cabaran ke dua adalah aku mula menjadi tarikan akhi2 yang konon nya nampak soleh..hmm..bermcm2 cara dilakukan sehingga ada yg meminta tlg mak cik guard supaya menyerahkan surat cinta..cokelat,brg2 laen semua tidak kusentuh..(rakan-rakan ku yang menikmati semuanya..thanks e2-10...huhuhu...)hati ku mula goyah apabila stiap kali berjalan akhi2 akan melirik ke arah ku...hampir saja aku berubah niat...

cabaran ke 3 adalah..sebenarnya pemakaian niqab di UIA adalah dilarang sama sekali ......huhuhuhu

tapi we fight for it...dan alhamdulillah..kami di panggil oleh principal mahallah(madam isfadiah)thanks madam!!dia memberiakn kelonggaran kpd kami ber4 yg memakai purdah...syukurrrrrrrrrr...tapi yang lucunya security guard akan spotcheck kami dahulu.huhuhu...tapi kami tak kisah........=)) hehehe...dan last kali kenangan semasa ditemuduga utk menjadi peers..aku dicemuh bermcm2 krn aku memakai niqab..allah..hancur hatiku..tapi alhamdulillah...aku diterima menjadi peers di uia,,,,,yessssssssssssssssss....thanks allah...

itulah serba sedikit kehidupan kami yg berpurdah......harus kuat iman dan kuat semangat utk fight all the the obstacles...yeah...aja2 fightingggggggggggggg..aku tahu ramai wanita yg ingin berpurdah dan ramai lelaki ingin memilki is3 yg memakai purdah ....semoga impian mu menjadi kenyataan..ingat sebaik2 wanita ada lah yang tidak dipandang dan tidak memandang...kecantikanku,,,hanyalah untukku bakal zauj(suami) ku..amiiin





Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN...

Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN...

Dialah puteri indah RUPAWAN ....

Tika gadis lain sibuk menghiasi diri , dia hias NUR ILAHI di wajahnya....

Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA yang tidak halal , Dia selesa bersama CINTANYA yang halal...

Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga ,dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA ...

Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA....


Gadis itu seperti MAWAR BERDURI... Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN..

mulianya kerana KETAQWAAN... cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA...

kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN...





ukhti..

Tika dirimu terasa hambatan ujian Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,
Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,
Sahutlah kembali seruan 'Hayya 'alal falah',
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira menerpa,
Tabahkan hatimu sayangku,
Moga rahmat Allah bersamamu,

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Sayangku,
Usah hiraukan kumbang yang menerpa,
Kerana kau bunga berkembang mekar,
Indah di taman larangan,
Bukan permainan untuk sebarangan,
Tapi permata berharga,
Intan yang berkilau cahayanya,
Hanya yang 'haq' mampu mendekatimu,
Seindah Mawar BERDURI,
Itulah pujaan seorang lelaki,
Yang mendambakan sayap kiri,
Yang suci dari debu dunia,
Apatah lagi sebutan sang lelaki....

Sayangku,
Bentengkan dirimu dengan iman pada Nya,
Kuatkan hatimu dengan taqwa pada Nya,
Pasakkan semangatmu dengan hidayah Nya,
Kerana ku yakin....
Kau mawar BERHARGA,
Milik si kumbang yang juga berharga,
Di kanvas sejarah ISLAM,
Kerana janji Allah itu pasti kan tiba,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik....

" Sesungguhnya yang tertutup indah "





TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ?

~Apa yg ada di sebalik
sekeping hati muslimah itu ?
*Dia sedang berjuang
memelihara hati engkau
supaya tegar meletakkan
Allah di atas singgahsana
dalam hatimu .
*Dia mahukan engkau ,
menjadi mujahid yang sibuk
menegakkan kalimah haq
berbanding melayani hawa
nafsumu .
*Betapa dia sangat takut
andai dirinya menjadi punca
kelalaian hatimu dalam
menunaikan haq Allah .
*Betapa dia sangat takut
andai dirinya mengkhianati
haq Allah dgn mengambil
alih singgahsana Allah dalam
hatimu ..
__________________
~ Oleh itu, janganlah kau
sewenang2nya melafazkan di
hadapan kami muslimah
"Aku suka padamu, Aku cinta
padamu kerana ALLAH"..
betapa beratnya ujian itu
kepada hati kami ini,andai
kau mengetahui..
~minta nombor fon ayah @
alamat rumah si muslimah,
Lafazkan "Assalamualaikum
pakcik,saya suka anak
pakcik,nk ambil dia jadi isteri
saya,minta pakcik izinkan" ...
*senang bukan?*
*dengan cara ini PASTI akan
dapat menjaga hati kedua2
belah pihak*~
La Haula Walaa Quwwata Illa
Billahil A'liyyul A'ziim..





layakkah aku menjadi bidadari syurga

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......♥

WANITA itu umpama RAMA-RAMA yg mempunyai sayap yg CANTIK berterbangan bebas MENGHIASI TAMAN. Janganlah dibenarkan TANGAN-TANGAN LELAKI yang tidak sepatutnya cuba MEMEGANG sayap itu.

Sekali dipegang, KEINDAHAN sayap itu akan TERCEMAR dan akhirnya hilanglah KECANTIKAN itu. Apabila RAMA-RAMA sudah tiada KECANTIKAN lagi, maka dia akan tidak DIPEDULIKAN lagi dan dibiarkn SEPI..

(✿◠‿◠) Maniskan Iman Maniskan Senyuman (✿◠‿◠)
 


Friday, October 19, 2012

doa mohon cinta allah..

Tahajud ; semoga membantu menyucikan jiwa kita

[English] [ib] Thank You Allah

mukjizat surah al-kahfi

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkat
a :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]





cara rasulullah menegur kesilapan

Sebagai orang Islam, kita semua ialah daie. Dan sebagai daie, kita bertanggungjawab menyeru manusia ke jalan yang diredhai. Untuk menyeru manusia ke jalan yang diredhai, kita hendaklah mengetahui cara yang betul, sama ada ketika menyampaikan dakwah, atau membetulkan kesilapan sesama umat Islam.
Melalui buku ini kita didedahkan cara-cara Rasulullah s.a.w menegur kesilapan yang dilakukan oleh umat I
slam pada zaman baginda. Antara cara yang pernah dipraktikkan oleh baginda adalah:

1. Membetulkan anggapan yang menjadi penyebab berlakunya kesilapan,
2. Membetulkan kesilapan dengan nasihat dan mengkhabarkan ancaman bahaya kesilapan,
3. Belas kasihan terhadap pelaku kesilapan,
4. Tidak cepat menyalahkan seseorang,
5. Menerangkan fitnah daripada kesilapan yang dilakukan,
6. Memberi panduan supaya tidak meneruskan kesilapan,
7. Membuat teguran secara umum,
8. Mengembalikan hak kepada tuannya dan menjaga maruah pelaku kesilapan,
9. Meminta pelaku kesilapan memohon maaf kepada pihak yang dizalimi,
10. Menzahirkan kemarahan terhadap kesilapan yang dilakukan,
11. Meninggalkan pelaku kesilapan serta perdebatannya agar kesilapan disedari,
12. Melemahkan pengaruh mereka yang sombong,
13. Berbincang dengan pihak yang bermasalah,
14. Menghormati tabiat semulajadi manusia,
15. Menghindari fitnah syaitan.

Sesungguhnya buku ini amat berguna untuk kita jadikan panduan ketika menegur kesilapan orang lain. Kita tidak sempurna, begitu juga dengan orang lain. Walau bagaimanapun, ada masa-masanya seseorang itu mesti tegas membanteras kemaksiatan supaya maruah Islam terbela. Oleh itu, untuk mengetahui cara menegur yang betul mengikut keadaan yang berbeza, bacalah buku ini.

Pernah amalkan ilmu ini?

amalan yang baik..

SENTUH KANAK-KANAK YANG BELUM BALIGH MEMBATALKAN SOLAT ??? & WUJUDKAH SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT BERJEMAAH ???

Muqaddimah

Dewasa ini, masyarakat dimomokkan dengan pegangan batal solat orang dewasa apabila bersentuh kanak-kanak yang belum baligh dan juga mewujudkan saf khusus untuk kanak-kanak. Apa yang dilihat sebahagian besar masjid-masjid diseluruh Malaysia terdapat papan tanda “Saf Kanak-Kanak” yang diletakkan disebelah belakang masjid (saf dewasa).

Timbul persoalan…. Adakah pegangan sedemikian terdapat dalil atau hujah syarak yang menyokong pegangan tersebut. Sejak kecil lagi saya didedahkan dengan pegangan (membatalkan solat apabila tersentuh kanak-kanak yang belum baligh & terdapat saf kanak-kanak)… dan sedia maklum sejak turun-temurun fahaman sedemikian berakar umbi dalam benak pemikiran masyarakat melayu khususnya.

Adakah terdapat hadis-hadis yang sahih dalam menyatakan perkara ini….. atau pandangan ulama-ulama muktabar membicarakan kedua isu ini ??? insyaallah… saya akan mengupas kedua-dua isu ini dari sudut dalil-dalil yang sahih daipada hadis-hadis Nabi  dan hujah ulama muktabar daripada kitab-kitab muktabar.


ISU PERTAMA : 
HUKUM MENYENTUH KANAK-KANAK YANG BELUM BALIGH KETIKA SOLAT BERJEMAAH

Sebelum saya menyatakan apakah hukum sekira orang dewasa tersentuh kanak-kanak yang belum baligh dalam solat membatalkan solat atau tidak, sudi sekiranya kita renungkan beberapa hadis sahih dibawah :

Hadis (1) :

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ، فَأَكَلَ مِنْهُ، ثُمَّ قَالَ: «قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ» قَالَ أَنَسٌ: فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا، قَدِ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ، فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَفَفْتُ وَاليَتِيمَ وَرَاءَهُ، وَالعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ انْصَرَفَ 

Maksudnya :
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi  untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”. Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda besolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi…(HR Bukhari, hadis no. 380. Muslim, hadis no. 266. Abu Dawud, hadis no. 612. At-Tirmizi, hadis no. 234. An-Nasaie, hadis no. 801) 

Hadis di atas menerangkan Nabi  bersolat bersama Anas, anak yatim dan juga neneknya. Apa yang didapati daripada hadis tersebut, anak yatim berdiri dalam saf bersama Anas r.a. Sekira anak yatim tersebut menyentuh Anas membatalkan solat, nescaya Nabi  menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang. 

Hadis (2) :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ، وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلاَمَ، وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ، فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ، وَأَرْسَلْتُ الأَتَانَ تَرْتَعُ، فَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ، فَلَمْ يُنْكَرْ ذَلِكَ عَلَيَّ» 

Maksudnya :
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abas r.a, katanya, saya tiba (di Mina) dengan menaiki keldai betina dan ketika itu saya belum lagi baligh. Didapati Rasulullah  sedang bersolat di Mina tanpa ada dinding (di hadapan), lalu saya turun melalui beberapa saf dan melepaskan keldai (untuk memakan rumput). Kemudian saya masuk ke dalam saf. Tidak ada seorang pun yang menegur (perbuatan saya tersebut). (HR Bukhari, hadis no. 76) 

Hadis tersebut menjelaskan seorang sahabat Nabi  iaitu ‘Abdullah bin ‘Abas telah tiba di Mina, didapati Baginda sedang bersolat berjemaah bersama sahabat yang lain. Beliau turun dari keldai lalu melalui antara saf-saf tersebut, kemudian memasuki saf untuk solat bersama. Perbuatan beliau tidak ditegur dan dibantah oleh Nabi dan juga para sahabat yang lain. Sedangkan beliau ketika itu masih belum baligh. Sekira sentuhan kanak-kanak yang belum baligh boleh membatalkan solat, nescaya beliau akan terus ditegur oleh Nabi dan para sahabat yang lain. 


Hadis (3) :
عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ، يَقُولُ: «بَيْنَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ، خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْمِلُ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهِيَ صَبِيَّةٌ يَحْمِلُهَا عَلَى عَاتِقِهِ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهِيَ عَلَى عَاتِقِهِ، يَضَعُهَا إِذَا رَكَعَ، وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ، حَتَّى قَضَى صَلَاتَهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا» 

Maksudnya :
Daripada ‘Amru bin Sulaim az-Zuraqiy, sesungguhnya beliau pernah mendengar Abu Qatadah r.a berkata : Ketika kami duduk didalam masjid (menunggu waktu solat), Nabi  masuk ke dalam masjid sambil mendukung Umamah binti Abi al-As bin ar-Rabi’, emaknya adalah Zainab binti Rasulillah. Dia merupakan kanak-kanak (ketika itu) dan didukung Baginda. Lalu baginda bersolat sambil mendukung (Umamah), meletakkan disebelah (Baginda) ketika rukuk dan mendukung semula apabila berdiri sehingga selesai dari solatnya, itulah yang dilakukan oleh Baginda ketika solat. (HR Abu Dawud, hadis no. 918. An-Nasaie, hadis no. 711) 

Hadis di atas menjelaskan ketika solat, Nabi  mendukung Umamah cucu baginda. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, nescaya baginda tidak akan mendukung cucunya ketika bersolat. 


Hadis (4) :
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ إِذْ خَلَعَ نَعْلَيْهِ فَوَضَعَهُمَا عَنْ يَسَارِهِ، فَلَمَّا رَأَى ذَلِكَ الْقَوْمُ أَلْقَوْا نِعَالَهُمْ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ، قَالَ: «مَا حَمَلَكُمْ عَلَى إِلْقَاءِ نِعَالِكُمْ»، قَالُوا: رَأَيْنَاكَ أَلْقَيْتَ نَعْلَيْكَ فَأَلْقَيْنَا نِعَالَنَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَانِي فَأَخْبَرَنِي أَنَّ فِيهِمَا قَذَرًا - أَوْ قَالَ: أَذًى - " وَقَالَ: " إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ: فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا "، 

Maksudnya :
Daripada Abu Said al-Khudriy katanya : ketika Rasulullah  bersolat bersama para sahabat, baginda menanggalkan selipar, lalu diletakkan disebelah kiri baginda. (Perbuatan Baginda tersebut) dilihat oleh para sahabat, lalu ditanggalkan juga selipar mereka (dan diletakkan disebelah). Apabila selesai baginda bersolat, baginda bersabda : Kenapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka : Kami melihat kamu menanggalkan selipar, lalu kami juga menggalkan selipar. Rasulullah  bersabda : Sesungguh Malaikat Jibrail telah datang memberitahu saya, terdapat najis pada kedua selipar. Sabda Baginda lagi : Apabila salah seorang daripada kamu dating ke masjid hendaklah melihat (kedua belah selipar) sekira terdapat najis atau kotoran, hendaklah disapukan (terlebih dahulu) kemudian bersolat dengan memakai kedua belah selipar (tadi). (HR Abu Dawud, hadis no. 650) 

Hadis di atas menjelaskan Nabi  sedang bersolat dan ketika itu baginda memakai selipar. Didapati pada selipar baginda terdapat najis. Setelah diberitahu oleh Malaikat Jibrail, terus baginda menanggalkan selipar tersebut dan diletakkan di sebelah kiri baginda, kemudian meneruskan solat sehingga selesai. Sekira perbuatan tersebut (memakai selipar yang terdapat najis) boleh membatalkan solat, nescaya baginda akan bersolat semula, kerana solat yang ditunaikan tersebut terbatal, tetapi baginda terus menunaikan solat sehingga selesai. 

Kesimpulannya, setelah dilihat dan diteliti daripada hadis-hadis di atas, apa yang dapat disimpulkan disini ialah :

a) Kesemua hadis di atas menjelaskan Nabi bersolat dan dalam masa yang sama terdapat kanak-kanak yang belum baligh turut sama bersolat bersama Nabi dan para sahabat.

b) Ketika solat berjemaah sudah tentu berlaku sentuhan antara orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sekira menyentuh kanak-kanak boleh membatalkan solat, sudah tentu akan dinyatakan oleh Nabi  dalam hadis-hadis baginda, ini kerana perkara yang berkaitan ibadat solat merupakan perkara yang penting sekali, sudah tentu perkara yang penting ini mesti diberitahu terlebih dahulu oleh baginda.

c) Tidak terdapat hadis-hadis yang sahih menyatakan batal solat sekira bersentuhan kanak-kanak yang belum baligh dengan orang dewasa. 


Pandangan ulama muktabar dalam isu ini :

Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya : "Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274]. 

Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-

a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar, Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176] 


Pandangan ulama’ semasa:

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu' karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-'As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.

Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.


ISU KEDUA :
SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT BERJEMAAH

Dalam masyarakat melayu kini berpegang dengan wujudnya saf bagi kanak-kanak yang belum baligh dalam solat berjemaah. Di masjid-masjid kelihatan papan tanda “Saf Kanak-Kanak” di belakang saf dewasa. Adakah wujud saf kanak-kanak ini di zaman Nabi  atau di zaman para sahabat atau tabi’in….? inilah yang perlu kita kaji semula pegangan turun temurun masyarakat kita berdasarkan dalil-dalih sahih dan pandangan ulama muktabar.

Terdapat beberapa hadis yang membicarakan mengenai kanak-kanak dalam solat berjemaah bersama orang dewasa, antaranya ialah :

Hadis (1) :
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ لَهُ، فَأَكَلَ مِنْهُ، ثُمَّ قَالَ: «قُومُوا فَلِأُصَلِّ لَكُمْ» قَالَ أَنَسٌ: فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا، قَدِ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ، فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَفَفْتُ وَاليَتِيمَ وَرَاءَهُ، وَالعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا، فَصَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ انْصَرَفَ 

Maksudnya :
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, neneknya Mulaikah telah menjemput Nabi  untuk makan makanan yang disediakannya, lalu Baginda maka sebahagian darinya, kemudian bersabda : “Bangunlah saya akan mengimami solat kamu”. Berkata Anas r.a : “Saya telah menyediakan sebidang tikar hitam yang sudah lama digunakan dan merenjiskan air ke atasnya.” Rasulullah berdiri (untuk bersolat), saya dan anak yatim berada dibelakang baginda dan nenek berada dibelakang saf kami. Kemudian Baginda besolat bersama kami dua rakaat, kemudian baginda berlalu pergi…(HR Bukhari, hadis no. 380. Muslim, hadis no. 266. Abu Dawud, hadis no. 612. At-Tirmizi, hadis no. 234. An-Nasaie, hadis no. 801) 

Hadis di atas menjelaskan Nabi  bersolat berjemaah bersama Anas r.a, anak yatim dan Mulaikah (nenek kepada anak yatim). Anak yatim tersebut berada dalam saf bersama Anas r.a di sebelah dan neneknya dibelakang. Sekira wujud saf kanak-kanak, sudah tentu baginda akan menyuruh anak yatim tersebut berdiri dalam saf belakang Anas r.a. 

“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”

Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.

Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494) 

Hadis (2) :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ، وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلاَمَ، وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ، فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ، وَأَرْسَلْتُ الأَتَانَ تَرْتَعُ، فَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ، فَلَمْ يُنْكَرْ ذَلِكَ عَلَيَّ» 

Maksudnya :
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abas r.a, katanya, saya tiba (di Mina) dengan menaiki keldai betina dan ketika itu saya belum lagi baligh. Didapati Rasulullah  sedang bersolat di Mina tanpa ada dinding (di hadapan), lalu saya turun melalui beberapa saf dan melepaskan keldai (untuk memakan rumput). Kemudian saya masuk ke dalam saf. Tidak ada seorang pun yang menegur (perbuatan saya tersebut). (HR Bukhari, hadis no. 76) 

Hadis di atas menjelaskan perbuatan ‘Abdullah bin ‘Abas melalui beberapa saf, kemudian masuk dalam saf bersama orang dewasa. Sekira wujud saf kanak-kanak, sudah tentu beliau ditegur oleh sahabat yang lain kerana berada dalam saf orang dewasa. 

Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Mas’ud r.a :
قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: «اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ» قَالَ أَبُو مَسْعُودٍ: «فَأَنْتُمُ الْيَوْمَ أَشَدُّ اخْتِلَافًا». 

“Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka.”(HR Muslim, hadis no. 122. An-Nasa’ie, hadis no. 812) 

Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung. 

Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur. 

Pandangan ulama muktabar dalam isu ini : 

Imam an-Nawawi berkata :

إذا حضر إمام ومامومان تقدم الامام واصطفا خلفه، سوا كانا رجلين أو صبيين أو رجلا وصبيا: هذا مذهبنا ومذهب العلماء كافة. وإذا حضر كثيرون من الرجال والصبيان، يقدم الرجال ثم الصبيان، هذا هو المذهب وبه قطع الجمهور، وفيه وجه حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وصاحبا المستظهرى والبيان وغيرهم: أنه يستحب أن يقف بين كل رجلين صبي ليتعلموا منهم أفعال الصلاة. 

Maksudnya :
“Apabila Imam dan dua orang makmun hadir bersolat, didahulukan Imam, kemudian makmum berada di saf belakang sama ada dua orang lelaki atau dua orang kanak-kanak atau seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dalam satu saf : ini merupakan mazhab kami (Syafie) dan mazhab ulama umumnya. Apabila Jemaah dating dalam jumlah yang ramai yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak, didahului lelaki kemudian kanak-kanak. Inilah pendapat mazhab (asy-Syafie) dan juga diputuskan oleh jumhur ulama. Ia juga merupakan pandangan Syeikh Abu Hamid (Imam al-Ghazali), al-Bandinijiy, al-Qadhiy Abu al-Tayyib, penulis kitab al-Mustazhariy dan al-Bayan (al-Imraniy) dan lain-lain lagi seraya berkata : “Sunat meletakkan di antara kedua jemah lelaki seorang kanak-kanak untuk mengajar mereka (kanak-kanak) perbuatan solat.” (an-Nawawiy, Kitab al-Majmu’ 4/291-293) 

Menurut Khatib asy-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj :

وَمَحَلُّ مَا ذَكَرَ مَا إذَا حَضَرَ الْجَمِيعُ دُفْعَةً وَاحِدَةً، فَلَوْ سَبَقَ الصِّبْيَانُ بِالْحُضُورِ لَمْ يُؤَخَّرُوا لِلرِّجَالِ اللاحِقِينَ، كَمَا لَوْ سَبَقُوا إلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ؛ فَإِنَّهُمْ أَحَقُّ بِهِ عَلَى الصَّحِيحِ 

Maksudnya :
“Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….(Khatib asy-Syarbiniy, Mughni al-Muhtaj 1/492)

Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak”.

Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.

Ada juga diantara pihak masjid yang melaksanakan larangan ini disebabkan terdapatnya riwayat yang melarang membawa kanak-kanak ke masjid. Di dalam Sunan Ibn Majah, kitab masjid dan jemaah, bab apa yang tidak disukai didalam masjid, dikatakan Nabi :saw bersabda :- 

جنبوا مساجدكم صبيانكم ومجانينكم وشراركم وبيعكم وخصوماتكم ورفع أصواتكم وإقامة حدودكم وسل سيوفكم واتخذوا على أبوابها المطاهر وجمروها في الجمع 

"Jauhi masjid kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu, ketinggian suara kamu, perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750]. 

Hadith ini Dhaef menurut Ibn al-Jauzi, Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al-Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli mengatakan bahawa hadith ini tidak berasas. Maka hadith diatas ini tidak boleh dijadikan dalil melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid. Disana terdapat sebuah hadith sahih menjelaskan siapakah yang harus berada dibelakang Imam. Riwayat dari Abdulllah bin Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :- 
يَلِني منكم أُولُو الأحْلامِ والنُّهى 
"Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432] 

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk dai saf awal. Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka.(sebagaimana yang telah disebut di atas). al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi saw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :- 
لا يقيم الرجل الرجل من مجلسه ثم يجلس فيه 

"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269]. 

Syiekh bin Baaz rh menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan. 

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [4] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid. 

Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara dibawah ini :-

i. Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid.
ii. Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka. 
iii. Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid. 
iv. Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

Ada dikalangan ulama' mencadangkan didalam saf yang panjang, yang betul-betul berada dibelakang Imam adalah mereka yang alim dan matang, dan disamping itu, jemaah yang lain termasuklah kanak-kanak boleh berada pada barisan hadapan. 

Bapa juga berperanan mendisplinkan anak-anaknya agar mereka tidak bertindak nakal didalam masjid. Kanak-kanak perlu digalakkan bersolat di masjid oleh ibu-bapa mereka. Ia menjadi kewajipan ibu-bapa mengajar anak mereka bersolat, sebagaimana semua diantara kita sudah maklum dengan hadith berikut :- 
مروا أولادكم بالصلاة لسبع واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع 
"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud]. 

Syiekh Saleh al-Fawzan mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid. 

Kesimpulannya, tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Diharap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal. 


RUJUKAN : 1. Sahih Bukhariy 2. Sahih Muslim 3. Sunan at-Tirmiziy 4. Sunan Abu Dawud 5. Sunan Ibn Majah 6. Sunan an-Nasaie 7. Kitab al-Majmu’ oleh Imam an-Nawawiy 8. Kitab Mughni Muhtaj, oleh Khatib asy-Syarbiniy 9. Kitab Rawdah at-Tolibin, oleh Imam an-Nawawiy 10. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399. 11. Fath al-Bari Jilid 4. Kaheah : Dar al-Hadith, 1998. ms. 244 12. Fatwa Ibn Utsaimin. الصف الأول بين الصبية وكبار السنالعنوان. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621924 13. Fatwa beberapa mufti. اصطحاب الأطفال للمساجد. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620774