Tuesday, January 22, 2013

::MAKNA DOA QUNUT YANG KITA DUK BACA SOKMO :::

::::PERIHAL KECUAIAN WANITA BERKAITAN HAID ::::

CONTOH KEADAAN 1: (masa dtg haid)
Waktu zohor pkul 1.30 p.m.
si isteri niatkan dalam hati nak smbahyang pukul 2,
sebab tengah buat kerja (goreng ikan),nanti suami balik nk makan nasi tengah hari.
jadi si isteri berazam nak buat zohor pukul 2.00 p.m
TETAPI,tup2 KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m

JAWABNYA :
Slepas suci daripada haid,mandi2..si isteri kene QADHA ZUHUR INI.sebab si isteri telah MENDAPAT wktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI
(SEBAB ramai perempuan yang dia INGAT HANGUS BEGITU SAHAJA zohor yang tadi tu,sedangkan WAJIB DIA QADHA sebab dia telah dapat waktu zohor dalam KEADAAN SUCI)

-----------------------------------------------------------------------------
CONTOH KEADAAN 2 : (yang kering di waktu zuhur.)
Waktu asar pukul 4.30 p.m,
si isteri kering darah sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m
(DALAM WAKTU ZUHUR),
si isteri pun ambil tuala mandi2,dan siap pada pukul 4.45 p.m,
lepas pada itu,dia pakai baju smbahyang,dan tunaikan ASAR SAHAJA,

JAWABNYA:
kene ingat??awak kering DALAM WAKTU ZUHUR dan WAJIB kene qadha zuhur itu tadi.
(suami WAJIB ajar isteri bab ni,sebab itu SUAMI WAJIB MARI MENGAJI (fardhu ain) BAB TAHARAH dan semua bab wayang wajib ain kita belajar dan kene ajar pada isteri,asalnya suami yang wajib pada isteri,bukan ustaz..
bila dua2 tak pandai baru dua2 wajib mari belajar dengan Ustaz,
sebab dia berkait degan sah batal AMAL IBADAT ISTERI.)
:dipetik dari kuliah bigboh berkaitan Toharah (bersuci)
k.g.b


••• Hamba yang Paling dicintai ALLAH ♥

BismillahirRahmanirRahim.

Hamba hamba tertentu yang paling dicintai ALLAH ketimbang hamba yang lainnya.

Mereka adalah Para hamba ALLAH yang kala bersujud menghadap-Nya senantiasa memohon ampunan dengan mengatakan " Ya , Tuhanku Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri , maka ampunilah dosaku,karena tidak ada yang yang bisa mengampuni dosa dosa kecuali Engkau " .

Mereka mereka inilah yang akan menerima cinta ALLAH .

Mereka itulah orang orang yang suka bersujud.

Dan mereka itulah orang orang yang suka beristighfar.

Tidak ada AIR MATA yang lebih menenangkan selain air mata TAUBAT.

Astaghfirul al aziim.


:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

>>Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Sebarkanlah bersama wanita wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.<<

Doa halau hantu syaitan:

Doa halau hantu syaitan:

Bila kita terdengar suara hantu tapi belum nampak hantu itu, baca ayat ini, IN SYA ALLAH tidak akan diganggu oleh hantu syaitan :

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون

Maksud : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna dari segala makhluk (yang jahat) dan daripada syaitan (hantu) daripada mereka datang kepada aku.

Tapi bila hantu telah menjelma di hadapan kita, baca ayat ini 3 kali:

العنك بلعنة الله

Maksudnya : Aku laknat kamu dengan laknat ALLAH.

Doa ni Rasulullah yang ajar kita. IN SYA ALLAH hantu itu akan lari. Kalau hantu tu tak lari juga, itu hantu mabuk pil kuda :)

Kena hafal lah doa ni. Takkan bila hantu dah menjelma depan muka baru nak buka CD kuliah. Nanti hantu tu kata "X sempat dah bohhh" :)

#UAI ♥