Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?
Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.
Kenapa pakai niqab?
Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula. Atas dasar apa kita memakai niqab?
Kenapa ana tergerak memanjangkan hal ini di dalam website? Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh- sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang. Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.
“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai
niqab”
“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam
biasa aje”
“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih
pastu buat tontonan umum ke?”
Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita
boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia”
Tapi pada ana, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.
Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk. Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.
Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya.
Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.
Pakai, pakai dengan serius
-Zul Harith-

No comments:
Post a Comment