Wednesday, September 5, 2012

♥ Mutiara Niqabis ♥

Kepada bakal suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.

Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa me
reka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.


Kepada bakal isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.

Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka jika kamu memperlihatkan wajahmu. Kerana lelaki soleh yang kamu sukai itu tidak mahu dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kamu tidak sanggup berpurdah, maka pilihlah lelaki yang lain.





No comments:

Post a Comment