Friday, August 16, 2013

(isu niqabis "bermasalah") nie cara kak salmi jawab. Selama ni akak ingatkan adik-adik semua tahu dah nak jawab mcm mana benda2 gini sbb tu tak pernah share. Jawapan2 ni bunyinya agak "kasar" tapi bukan nak suruh u all jawab kasar, tp nak suruh u all nampak point dia. Bila kita nak cakap tu kita bagi lembut la sikit (hikmah). Ok jawapan2 akak adalah spt berikut

# sekarang ni ramai niqabis menggedik di FB, pakai niqab nak tarik perhatian lelaki soleh

jawapan : bukan SEMUA niqabis macam tu, jadi tolong jangan "generalize". Awak suka tak kalau org bukan Islam kata "skrg ni orang Islam perangai semua macam kafir", awak suka tak kalau seluruh org Islam dilabel mcm tu hanya kerana 10-20 orang yang teruk? Hanya kerana awak dan kawan2 awak berperangai teruk, semua umat Islam dilabel teruk. Tak suka kan? Jadi samalah macam niqabis. Yang menggedik di FB tu hanya segelintir saja, ada niqabis yang tak pernah register FB pun hakikatnya.

# habis tu kenapa yg aku jumpa semua yg teruk-teruk je, ramai pulak tu

jawapan : atas nasib masing-masing, saya personally kesian dgn awak sebab awak ditakdirkan jumpa niqabis yang teruk2 je (ada sebab la tu Allah biar mcm tu, mungkin awak pun teruk jugak <--- haha, kasi sebijik) . Saya tak pernah jumpa pun niqabis yang teruk-teruk, saya ada akaun FB lama dah, tak pernah jumpa pun yg teruk walau seorang. Semua yg saya kenal baik-baik belaka, tak de tayang2 gambar menggoda pun di FB.
So...atas nasib masing2... Allah yg izin apa kita nampak apa kita tak nampak (kesian juga la kat awak sbb asyik nampak yg buruk je, padahal yg baik ramai gile)

‪#‎korang‬ semua ni tolongla tegur sikit kwn2 niqabis yg menggedik tu, sakit mata tengok

jawapan : mana awak tahu kami tak pernah tegur? Pernah masuk inobx-inbox kami? Pernah masuk group-group online kami ? Kalau tak pernah jangan buat tanggapan kosong. Para niqabis TAHU issue nie, dah lama dah tahu. Dah berbuih dah mulut tegur, sampai kena block pun ada

# habis tu apasal ramai lagi yg buat, korang tegur camne, tak berkesan pun

jawapan: pernah dengar tak perkataan "hidayah"? Hidayah tu bukan dlm tangan kami. Kami tegur 10x pun tapi kalau Allah tak nak buka hati dia, tak nak bagi dia nampak kesalahan dia tu, dia takkan nampak. Jadi semua org patut sama2 doa biar dia nampak kesalahan dia tu

jawapan tambahan : kena ingat 1 lagi iaitu faktor Umur niqabis. Yang buat masalah ni usually yang belasan2 tahun dan 20an, pada umur nie memang mereka tgh cari identiti lagi, dia tak faham habis lagi bab2 akhlak dgn lelaki, akhlak dlm internet nie.

Walaupun dia mcm tu, dia tetap lebih baik dari budak2 umur sebaya dia yg Free Hair dan upload ratus2 gambar di FB. At least niqabis ni org lelaki x dpt tengok rambut dan badan dia, tu kat luar sana ada ratus-ratus remaja free hair dan pakai t-shirt ketat upload gambar ke FB, posing manja2... Itu lagi teruk sbnrnya, itu lagi lah perlu dakwah dan tarbiyah. At least niqabis ni aurat dia dah lepas dah, tak nampak dah aurat walaupun pembawakan diri dia salah

‪#‎tak‬ payahla compare dgn yg bukak aurat, yang tu memang la teruk

salah. Kena Compare. Bila ada dua isu, kena tengok jugak isu mana lagi serious kesan dia, baru kita tahu nak address mana satu dulu, cara nak address. Skrg ni hanya kerana semua org dah "bosan" dgn perempuan2 free hair, semua org dah "lali" tengok mereka dah malas dah nak dakwah mereka, maka semua org pergi cari salah gadis2 yg nak tutup aurat pula. Baguskah begitu? Just becoz kita letih dah dakwah wanita2 yg buka aurat, kita alih perhatian kita kpd yg tutup aurat tapi dia ada off spec sikit.

Apa kesan benda ni?

Kesan dia ialah wanita2 free hair makin bermaharajalela. Diorang seronok sbb dah tak ada siapa sebut dah pasal dosa buka aurat, semua org dah mula "menerima" kehadiran mereka.
Semua org dah mula "redha" kehadiran mereka. Bukti ? Dah xde org tegur dan bising dah. Orang lagi suka bising ttg niqabis-niqabis. Bagus ke senario ni? Tak bagus. Tak bagus langsung.

Iblis mmg nak kita lupakan isu paling kritikal ( buka aurat). Buka aurat tu yg paling merisaukan, berbakul bakul dosa. Tapi kita lagi suka bagi berbakul -bakul teguran kpd yg dah tutup aurat kan ? Suka la puak2 yg tgh separa telan*ang tu, makin ramai la mereka. Gambar di blog dan fb sepah2, lagi byk dr gambar niqabis upload. Tu sah -sah haram tu, confirm haram.

‪#‎dah‬ pakai niqab, tunjuk la akhlak baik sikit?

Jawapan: ingat senang ke nak buat dakwah ? Cakap di ruang komen gitu mmg la senang. Dakwah kena ikut cara Nabi s.a.w baru byk kesan dia, mendalam kesan dia. Gi baca sket bab2 dakwah ikut sunnah mcm mana...bukannya guna internet/fb if ikut sunnah punya dakwah,dia ada cara2 dia...adab2 dia...kena byk korban... Kami kat FB ni hanya mampu cakap sikit2 je kpd yg bermasalah tu, the "real" dakwah kena dibuat oleh semua pihak...masalahnya masyarakat harini mana ada nak bagi masa utk dakwah pun...semua letak atas bahu orang lain. Semua sibuk hal dunia je. Bila ada masalah dlm umat, pakat komen di FB je (apasal minah tu gitu? Apasal minah tu gedik?) tau cakap je kan ? Jawapan dia ialah sbb ANDA tak buat dakwah. Kita semua tak buat pun dakwah yg Rasulullah s.a.w suruh buat tu. Bila kita tinggal dakwah, maka umat jadi macam nie la. Orang semua sibuk hal dunia je,sibuk cari rezeki , takut duit habis. Umat punya akhlak ntah apa2 ntah jadi. Dan awak hanya pandai komplain di wall facebook. Selagi awak tak pegi buat usaha dakwah, tak kiralah dgn jemaah mana sekalipun, jangan komplain. Rasa dulu susah payahnya dakwah (dakwah ikut sunnah, tu terbaik)

# saya mmg buat pun dakwah

jawapan : then dakwah tu belum cukup. Bukti ? Ribu-ribu lelaki hari ni perangainya sgt teruk sekali. Akhlak di internet teruk ,akhlak di luar pun teruk. Para suami dah tak pegi masjid. Para suami tak marah pun isteri buka aurat. Ayah2 tak marah pun anak buka aurat (niqabis yg awak nampak menggedik tu, dia ada ayah tapi ayah dia tak main peranan pun ) so...dakwah tu tak cukup pun...kena buat lagi byk. Lelaki kena dakwah kpd lelaki, kami kaum Hawa ada batas, tak boleh nak gi dakwah sesuka hati kpd kaum lelaki. Selagi semua lelaki di Malaysia tak pegi masjid hari2 utk solat jemaah, maka jgn kata dakwah dah selesai. Selagi masih ramai isteri yg buka aurat sebab suami dia tak kata apa pun, maka jgn kata Dakwah kpd lelaki dah selesai.

Banyak lagi kerja tak siap sebenarnya, awak hanya pandai tinggal komen di wall FB. Get moving and do your job, go out, go to the mosque and do your job with all the dakwah jamaat. Whatever jamaat.

(baiklah itu lah yg saya akan kata kpd lelaki2 yg bising. Jgn pandai cakap saja di FB. Dan....ya saya kesian dgn mereka sbb asyik nampak contoh niqabis yg buruk saja. Saya selalu nampak yg baik saja, tak jumpa lg yg buruk). Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment