Tuesday, October 15, 2013

Kelebihan Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Kelebihan Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Telah tersebut dalam satu hadis sahih riwayat
Muslim :
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di
hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia
menebus dosa setahun yang telah lalu dan
setahun yang akan datang.” (Hadis Riwayat Imam
Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari
Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa
setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau
betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi SAW bersabda
maksudnya : “Puasa hari Arafah, sesunguhnya
aku berharap Allah SAW agar menghapuskan
dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang
sebelumnya” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah r.ha. telah berkata :
"Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa
lebih aku gemari daripada hari Arafah."(Hadis
Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
 


No comments:

Post a Comment